Pages

Wednesday, 13 May 2015

Saya NAK kongsi dengan anda semua , satu pad yang HALAL dan bebas barang merkuri dan logam.
Mula dari perasaan ingin cuba akhirnya sy dah JATUH CINTA dengan pad HerbaPlus ni

MAGIKNYA HERBAPLUS!

Herbaplus boleh merawat Malasalah di bawah.

 ** keputihan, kekuningan, kehijauan!
 ** vagina gatal2 &  berbau 
 ** haid tak stabil
 ** masalah hormon, sukar hamil
 ** jangkitan usus & pundi kencing
 ** darah beku dalam rahim
 ** pening, kurang tenaga ketika haid
 ** pad BOCOR

Pad herbapus
Pad HALAL
NIPIS TAPI MENYERAP


ISTIMEWANYA HERBAPLUS !
Macam pelik jekan herbal plus letak kat kaki???

HERBAL PLUS dapat menyahkan bau kaki,bau kasut n nyahkan toksin...jangan ingat pmherbal plus untuk orang perempuan je yang boleh pakai..
Herbalplus adalah pelbagai fungsi.
FIR yang dalam herbalplus mampu melancarkan darah.
Fungsi :
~ menyah toksin dan menarik toksin
~ elakkan stress
~ mengurangkan penat @ mengantuk ditempat kerja
~ menambah tenaga
~ aura positif
~ aroma terapi
Siapa ada masalah kaki berbau boleh la cuba..confirm bau tu akan hilang...tak cuba tak tahu..dah cuba jatuh cinta...
tak mahal pun
1 pac rm 13..nak lg murah??? meh pm saya
‪#‎call‬ @ ‪#‎whatsapp‬ 0134265317



Thursday, 7 March 2013


Hari ni merupakan hari Jumaat...Sebagai ummat islam hari ini merupakan 
hari yang paling besar makna dan fadhilatnya. Hari jumaat merupakan penghulu segala hari
dalam kalendar islam.

Sebenarnya banyak pahala dan fadhilat yang kita boleh dapat pada hari jumaat ni...
Jadi fara pon xnk terlepas peluang tuk dapatkan fadhilat hari jumaat ni...

Antaranya ialah :: 
:: mandi sunat Hari Jumaat
         :: Pakai Pakaian berwarna Putih
                          ::Memakai wangi-wangian (yg perempuan jgn over plak t hukumnya haram pula)
             :: Memotong kuku 
              dan banyak lagi ...

~Jadi hari ni farah nak potong kuku...sebab memotong kuku tangan dan kaki adalah termasuk dalam 
amalan sunat bagi lelaki dan perempuan.~  (^^) jom...

~Cara Memotong Kuku~

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari,
kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
Setelah selesai memotong kuku,
 segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air.
Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

~Waktu Memotong Kuku~

menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama asy-Syafi'eyah,
sunat memotong kuku itu sebelum solat Juma'at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.
Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula,
sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

~Menanam Potongan Kuku~

Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam potongan kuku.


~Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub~

Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub
 atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah
atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub.
Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.


~Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku~

Hikmahnya ialah menghilangkan segala kotoran
yang melekat atau berkumpul di celah kuku,
yang boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
 Selain daripada itu, jika kuku pula dibiarkan panjang dan
 segala kotoran melekat di dalamnya, ia boleh menjejaskan kesihatan.

Sumber :: Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.


DIET SAYA

DIET...DIET...DIET...DIET..


Badan dah pon naik berkilo2 setelah duduk rumah berbulan-bulan menanam anggur..(Penganggur je hehe)..
jadi farah ase da mula tuk berdiet semula...YEAHH!! hehehe.. jadi saya skrg nga amalkan diet dgn minum air suam or air kosong sepanjang harii...

O0ppss..bukan x mkn langsung TAPI..

KATAKAN TIDAK PADA AIS!!



DAN

KATAKAN YES PADA 

AIR SUAM :)


Mengamalkan meminum air suam secara berterusan akan membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat. Ini baik sekiranya anda sedang mengamalkan program perlangsingan badan atau semasa anda diet.


Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.


Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.

Air suam baik untuk anak-anak yang demam di rumah. Beri anak anda air suam, kurangkan pengambilan air sejuk. Ini kerana air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan. Selain itu air suam juga baik untuk kesihatan perut anda.



Banyakkan kebaikan air suam

.........................TAPI........................
 boleh ke aku tahan lau jumpe niee ::


NYUMM..nyummm...MMMMMmmmmm 


Cendol....lalala

  
ABC waahhh..



Segarnya......


Hahaha ~(^^) Wish me Luck~

Petua dan Kebaikan Air Suam


 Petua dan Kebaikan Air Suam



Kepentingan Air pada tubuh badan kita::


 Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.


Mengamalkan meminum air diwaktu pagi pula dapat membantu anda meningkatkan metabolisma badan. Manakala mengamalkan meminum air yang secukup pada hari tersebut akan membantu mengimbangi metabolisma badan anda sebaik mungkin.

Jika anda mengamalkan meminum air yang secukup dan air yang diminum pula merupakan air suam, maka ia mempunyai beberapa kebaikan tambahan.

Orang Tua-tua dulu selalu pesan bahawa minum air masak itu sangat bangus. Terutama selepas bangon tido..sebab nak buang toksik dalam badan dan melancarkan sistem perkumuhan dalam badan kita...
Cerdikkan org tua-tua dulu :)



Ps:: Saya ada kawan Datin Mia suka makan makanan pedas-pedas lepas tu minum air suam. 
Katanya pedas tu akan hilang dengan cepat dan perot x buncit....suara pon jadi lunak dan punya pernafasan yang baik. Banyak kelebihankan ..Tak hairanla dia Johan masa Pertandingan menyanyi masa di IPG aritu.. (^^)
Anda pon boleh cuba..terutama untuk kelebihan B'taranum mahupun menyanyi. 


happy woman's days





Setiap tahun pada 8 Mac, beribu-ribu peristiwa yang diadakan di seluruh dunia untuk memberi inspirasi kepada wanita dan meraikan pencapaian. Sebuah laman web global aktiviti tempatan yang kaya dan pelbagai menghubungkan wanita dari semua di seluruh dunia dari perhimpunan politik, persidangan perniagaan, aktiviti-aktiviti kerajaan dan acara-acara rangkaian melalui wanita tempatan kraf pasaran, persembahan theatric, perarakan fesyen dan banyak lagi.




Banyak syarikat global juga telah mula lebih aktif sokongan IWD dengan menjalankan acara dalaman mereka sendiri dan melalui sokongan orang-orang luar. Sebagai contoh, pada 8 Mac enjin carian dan media gergasi Google beberapa tahun meletakkan perubahan logo pada halaman carian global pada Hari Wanita.Jadi pada semua wanita, anda mesti membuat perbezaan, berfikir secara global dan bertindak secara tempatan! Buat setiap hari adalah Hari Wanita. 


Kenapa ada Hari Wanita???


Hari wanita ini bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk meminta persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.  



Ianya juga untuk menghargai setiap sumbangan para wanita tak kira suri rumah, penjawat awam, aktivis masyarakat dan seluruh sukarelawan di mana saja mereka berada. Ia sangat wajar, mereka perlu mendapat penghormatan yang sewajarnya.

Wanita merupakan warga Negara yang setia, tidak pernah ketinggalan menjalankan tanggungjawab kepada Negara. Mereka menjalankan tugas penting untuk membangun insan melalui pengukuhan institusi kekeluargaan, Mereka mampu menghasilkan tenaga manusia yang diperlukan dalam pertumbuhan politik, sosial dan ekonomi.



Di malaysia ada 36% sumbangan yang telah diberikan oleh wanita untuk negara kita. Walaubagaimana pun, separuh dari golongan merupakan suri rumah yang berkhidmat untuk keluarga dan tidak menerima gaji sebagai kategori pekerjaan yang lain.



Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini.Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. 

Wanita seharusnya diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya dan lain-lain. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri sedangkan pada masa yang sama mereka juga menjadi ibu dan isteri.


Mereka terpaksa bertungkus lumus membantu suami mencari rezeki sedangkan dalam masa yang sama mereka harus menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membersarkan anak-anak.



Tidak hairanlah di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada wanita di belakangnya yang memberikan sokongan dan dokongan dalam setiap perjuanganya. Besarnya pengorbanan  mereka terhadap lelaki. Hal ini kerana ,Wanita yang baik adalah impian setiap lelaki, kebijaksanaan mereka terletak pada hatinya. 

Maka WANITA adalah ciptaan yang terindah oleh Allah SWT  bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki.