Petua dan Kebaikan Air Suam
Kepentingan Air pada tubuh badan kita::
Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.
Mengamalkan meminum air diwaktu pagi pula dapat membantu anda meningkatkan metabolisma badan. Manakala mengamalkan meminum air yang secukup pada hari tersebut akan membantu mengimbangi metabolisma badan anda sebaik mungkin.
Jika anda mengamalkan meminum air yang secukup dan air yang diminum pula merupakan air suam, maka ia mempunyai beberapa kebaikan tambahan.
Orang Tua-tua dulu selalu pesan bahawa minum air masak itu sangat bangus. Terutama selepas bangon tido..sebab nak buang toksik dalam badan dan melancarkan sistem perkumuhan dalam badan kita...
Cerdikkan org tua-tua dulu :)
Ps:: Saya ada kawan Datin Mia suka makan makanan pedas-pedas lepas tu minum air suam.
Katanya pedas tu akan hilang dengan cepat dan perot x buncit....suara pon jadi lunak dan punya pernafasan yang baik. Banyak kelebihankan ..Tak hairanla dia Johan masa Pertandingan menyanyi masa di IPG aritu.. (^^)
Anda pon boleh cuba..terutama untuk kelebihan B'taranum mahupun menyanyi.

No comments:
Post a Comment