Setiap tahun pada 8 Mac, beribu-ribu peristiwa yang diadakan di seluruh dunia untuk memberi inspirasi kepada wanita dan meraikan pencapaian. Sebuah laman web global aktiviti tempatan yang kaya dan pelbagai menghubungkan wanita dari semua di seluruh dunia dari perhimpunan politik, persidangan perniagaan, aktiviti-aktiviti kerajaan dan acara-acara rangkaian melalui wanita tempatan kraf pasaran, persembahan theatric, perarakan fesyen dan banyak lagi.
Banyak syarikat global juga telah mula lebih aktif sokongan IWD dengan menjalankan acara dalaman mereka sendiri dan melalui sokongan orang-orang luar. Sebagai contoh, pada 8 Mac enjin carian dan media gergasi Google beberapa tahun meletakkan perubahan logo pada halaman carian global pada Hari Wanita.Jadi pada semua wanita, anda mesti membuat perbezaan, berfikir secara global dan bertindak secara tempatan! Buat setiap hari adalah Hari Wanita.
Kenapa ada Hari Wanita???
Hari wanita ini bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk meminta persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.
Ianya juga untuk menghargai setiap sumbangan para wanita tak kira suri rumah, penjawat awam, aktivis masyarakat dan seluruh sukarelawan di mana saja mereka berada. Ia sangat wajar, mereka perlu mendapat penghormatan yang sewajarnya.
Wanita merupakan warga Negara yang setia, tidak pernah ketinggalan menjalankan tanggungjawab kepada Negara. Mereka menjalankan tugas penting untuk membangun insan melalui pengukuhan institusi kekeluargaan, Mereka mampu menghasilkan tenaga manusia yang diperlukan dalam pertumbuhan politik, sosial dan ekonomi.
Di malaysia ada 36% sumbangan yang telah diberikan oleh wanita untuk negara kita. Walaubagaimana pun, separuh dari golongan merupakan suri rumah yang berkhidmat untuk keluarga dan tidak menerima gaji sebagai kategori pekerjaan yang lain.
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini.Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai.
Wanita seharusnya diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya dan lain-lain. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri sedangkan pada masa yang sama mereka juga menjadi ibu dan isteri.
Mereka terpaksa bertungkus lumus membantu suami mencari rezeki sedangkan dalam masa yang sama mereka harus menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membersarkan anak-anak.
Tidak hairanlah di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada wanita di belakangnya yang memberikan sokongan dan dokongan dalam setiap perjuanganya. Besarnya pengorbanan mereka terhadap lelaki. Hal ini kerana ,Wanita yang baik adalah impian setiap lelaki, kebijaksanaan mereka terletak pada hatinya.
Maka WANITA adalah ciptaan yang terindah oleh Allah SWT bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki.


No comments:
Post a Comment